Resepi Cream Puff

Saiz Hidangan : 100 biji

Bahan-Bahan

- Mentega 180gram
- Tepung Gandum 450gram
- Air 750ml
- Telur 12 biji (anggaran)
- Esen Vanilla 2 camca teh.

resepi cream puff




Langkah-Langkah

1. Cairkan mentega bersama air di atas api.




2. Masukkan tepung gandum dan kacau adunan dengan cepat supaya adunan bercampur serasi dan tidak berketul-ketul. Kacau sehingga adunan terbentuk seperti doh.


3. Masukkan adunan ke dalam mixer. Pukul adunan tersebut sambil memasukkan telur satu per satu sampai adunan menjadi smooth.





4. Sapu dan ratakan sedikit marjerin di dulang pembakar.


5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dan pipe adunan dlm bentuk puff


6. Bakar selama 30 minit. Suhu 200˚C

Hasilnya!!






Bahan Bahan Sos Kastard

- Tepung Kastard 75gram
- Susu Cair 1 tin
- Air 1 ½ tin
- Esen vanila 2 camca teh
- 1 sudu besar marjerin
- Gula 5 cawan

1. Masukkan susu cair ke dalam periuk. Guna tin susu cair tersebut untuk menyukat sukatan air. Masukkan 1 tin air dan gula ke dalam periuk dan masak hingga nampak mendidih.

 
2. Isi separuh tin air ke dalam tin susu cair yang telah digunakan dan campurkan tepung kastard.  Kacau sehingga larut.

3. Masukkan adunan tepung kastard tersebut ke dalam adunan susu cair dan perlahankan api. Kacau sehingga sebati dan menjadi smooth  dan jangan berhenti untuk mengelakkan adunan menjadi berketul-ketul.


4. Masukkan esen vanila dan marjerin dan kacau sehingga sebati.


Ok, selesai sudah resepi sos kastard.

- Tuangkan adunan di atas ke dalam mangkuk dan biarkan ianya sejuk.
- Selepas itu, adunan tersebut bolehlah diletakkan ke dalam cream puff yang terdahulu kita buat tadi, dan sedia dihidangkan.

Selemat Mencuba!

Recipe by:
Kembar
https://www.facebook.com/Wenie90

4 Responses to "Resepi Cream Puff"

  1. Wow, nampak sedap. Nak cuba buat tadi takde kelengkapan kat rumah ni.

    Maksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil.

    ReplyDelete
  2. as salammualaikum...bole tak sya amek resepi creampuff nih

    ReplyDelete
  3. Wah ...nampak cam senang je...mintak izin copy resepi:)

    ReplyDelete
  4. Silakan..ilmu..makin dikongsi makin bertambah..
    budak2 mesti suka creamm puff ni kan..

    WAJIB BACA ---- Kebaikan Dan Manfaat Kolagen Shaklee

    ReplyDelete

Resepi dari website lain