Resepi Telur Bistik

Kepada anda yang menggemari resepi telur, pastinya resepi telur bistik akan menjadi salah satu "a must" di dalam senarai anda. Hal ini kerana rasanya yang sedap akan menyebabkan anda berulang kali akan mennyediakan resepi ini. Berikut merupakan bahan-bahannya.

resepi telur bistik

 Cadangan hidangan : 1-2 orang makan

Bahan-Bahan
1/2 cawan minyak masak
1 biji telur dipukul
1 biji bawang putih diketuk
bawang besar dipotong dadu
daun ketumbar dipotong halus
1 sudu teh air limau nipis
lada merah besar dipotong
2 sudu sos cili
1 sudu cili boh
1 sudu teh gula
3/4 sudu teh garam
1/4 cawan air
ayam dicincang halus
1 sudu teh tepung jagung
carrot
sawi
kobis bunga
tomato

Langkah 1 (Bahan Untuk Telur)
1. Panaskan minyak.

2. Telur yang dipukul gaul bersama dengan ayam dan tepung jagung serta letakkan sedikit garam. Pukul sebati dan kemudian masukkan ke dalam kuali yang panas. Masak dengan api yang kecil (masak hingga telur garing)

3. Asingkan telur yang siap dimasak.

Langkah 2 (Kuah Bistik)
1. Panaskan minyak.

2. Pukul bawang putih, dan masak hingga kekuningan kemudian masukkan bawang besar, cili boh, sos cili, gula, garam, dan gaul hingga naik minyak.

3. Letakkan sedikit air kemudian masukkan sayur, air limau dan lada besar merah. Biarkan hingga mendidih.

4. Selepas itu tuangkan kuah yang dihasilkan tadi ke atas telur yang telah di masak terdahulu tadi. Hiaskan dengan daun ketumbar.


Sedia dihidangkan. :-)

0 Response to "Resepi Telur Bistik"

Post a Comment

Resepi dari website lain