Pernah mencubanya? Ianya nasi goreng yang dibungkus dengan telur. Sedap
dimakan bersama sos. Berikut merupakan bahan dan langkah untuk
menghasilkannya.
Bahan-Bahan
3 sudu minyak
1 ulas bawang putih
1 sudu cili boh
1/2 sudu sos cili
1/2 sudu sos tiram
3/4 sudu teh garam
3-5 ekor udang
8-10 potong isi ayam (dipotong kecil)
2 biji telur (dipukul)
sawi
carrot
timun (untuk hiasan)
Langkah 1
1. Panaskan minyak, kemudian ketukkan bawang putih dan masukkannya ke dalam kuali. Goreng hingga kekuningan kemudian masukkan udang dan isi ayam.
2. Toskan minyak, masukkan pula cili boh, sos cili, dan sos tiram. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan sedikit telur, sawi, carrot dan garam. (Sawi dan carrot dihiris kecil-kecil)
4. Masukkan nasi dan gaul hingga sebati.
1. Panaskan monyak dalam kuali dan ratakan.
2. Lerakkan telur ke dalam kuali yang panas tadi. (Seperti lempeng)
3. Masukkan nasi goreng (hasil daripada langkah 1 di atas) kemudian kemaskan telur.
4. Ambil pinggan yang rata letakkan dalam kuali dan terbalikannya.
Selesai.
Selamat mencuba resepi nasi goreng pattaya. :-)
0 Response to "Resepi Nasi Goreng Pattaya"
Post a Comment