Nasi ayam merupakan salah satu resepi nasi yang mempunyai carian tertinggi di Malaysia. Hal ini demikian kerana, nasi ayam banyak disediakan kedai-kedai, warung, dan sebagainya. Berikut merupakan cara membuat nasi ayam yang simple untuk anda cuba.
Bahan-Bahan: A
1 ekor ayam (ayam direbus)
½ inci halia
4 ulas bawang putih *
1 labu bawang besr *
Sos tiram/ kicap Kipas udang
Garam/ gula/Ajinamoto
*Dikisar/Diblender
Bahan-bahan B : (Sambal Lada)
Lada besar – 2 biji
Tomato – 2 biji
Sedikit cuka
Gula (lebihkan sedikit)
Garam
Bahan-Bahan C (Sambal Kicap)
Air ayam
Kicap/Sos Tiram
Gula / garam secukup rasa
Untuk Nasi:
Kakas Kasar *
Bawang merah *
3 tin beras, dibasuh dan ditoskan
5 tin air
Daun Pandan
Gula / garam sedikit
*ditumis dengan minyak/majerin
Cara-Cara Untuk Tos Ayam:
1. Rebuskan ayam (masukkan ½ inci halia dan daun pandan dengan kuantiti air lebih,lebihan air ayam disimpan)
2. Buatkan tos ayam dengan menggunakan bahan-bahan A yang bertanda * dan campur sos tiram/kicap kipas udang, garam/gula/ajinamoto secukup rasa dengan kisar semua bahan tersebut
3. Ambil tos ayam yang dikisar dan gaul rata pada ayam yg direbus.
4. Goreng dan Siap.
Cara-Cara Untuk Menyediakan Sambal:
1. Ambil lebihan air ayam sedikit dan campurkan semua bahan–bahan B (dikisar lumat)
2. Siap
Cara-Cara Untuk Menyediakan Sambal Kicap:
1. Gunakan juga lebihan air ayam, campurkan kicap kipas udang /sos tiram, gula/garam secukup rasa.
2. Gaul sebati.
Cara-Cara Untuk Menyediakan Sup Ayam:
1. Lebihan air ayam tadi direbus,dengan memasukkan rempah sup bunjut ayam,halia,serai dan garam secukup rasa.
2. Siap
Sedia untuk dihidangkan.
0 Response to "Resepi Nasi Ayam Simple"
Post a Comment