Resepi Kek Batik Simple dan Best (Step by Step)

Resepi kek batik sudah menjadi fenomena dalam kalangan anak muda masa kini. Hal ini demikian kerana, penyediaannya agak mudah, dan tidak memerlukan kos yang banyak dalam penyediaan bahan. Di tambah dengan rasa yang lazat, tidak hairanlah ianya menjadi sebutan ramai. Berikut merupakan resepi kek batik yang saya cuba sendiri.

resepi kek batik
Bahan-Bahan

- 250g Biskut Marie (warna cream)
- 150g buttercup
- 1 cawan Milo
- 6 sudu serbok koko
- 4 biji telur
- 1/2 tin susu pekat manis
- 1 cawan air kosong

Langkah-Langkah

1. Patah-Patahkan Biskut Marie.


2. Masukkan milo, serbuk koko, telur, susu, air ke dalam kuali dan gunakan api sederhana.


 3. Gaul hingga sebati, kemudian masukkan buttercup.


4. Gaul hingga pekat dan sekata, kemudian padamkan api.

5. Masukkan biskut Marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul.


6. Mampatkan adunan yang telah siap digaul tadi ke dalam satu bekas.


7. Masukkan ke dalam peti sejuk, dan sedia untuk dimakan.

Saya harap anda berpuas hati dengan resepi kek batik yang saya sediakan. Selamat Mencuba! :-)
Untuk banyak lagi resepi lain, anda juga boleh layari KongsiResepi.com sekarang.

26 Responses to "Resepi Kek Batik Simple dan Best (Step by Step)"

  1. Baru try td....best...terima kasih kongsi resepi :)

    ReplyDelete
  2. Sy nk buat kejap lagi.. Hehe.. Tq

    ReplyDelete
  3. biskut marie tu bg tutup penuh ke ape?

    ReplyDelete
  4. telurnye nk kena pukul dlu ke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh masukkan dalam adunan terus. Kacau sekali

      Delete
  5. kalu x bubuh telur n serbuk koko tu leh x..lebihkan milo n susu pekat je..

    ReplyDelete
  6. Boleh jugk,tp takut terlebih sedapla.haha

    ReplyDelete
  7. salam, nak tanya, urgent ni nk buat utk bday mak saya 19 april ini. kalau tak pakai milo takpe ke? pelik tak rasa dia kalau harapkan koko + susu pekat tu sahaja? pls reply asap! thank you!! ^^

    ReplyDelete
  8. oh lg satu, kalau guna separuh butter separuh marjerin ok tak? apa beza result dia kalau pkai marjerin?

    ReplyDelete
  9. boleh ker kalau x pakai vanillla essence?

    ReplyDelete
  10. thanks share resepi. sya penah buat b4 ni. tp jadi keras, nak potong pun susah. nanti nak try resepi sis pulal lah.

    http://falizaworld.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. terpulang jer..sbb biskut tu pun dipecah2kan..
    ku liza..keras tu sbb coklat banyak sgt kot..tu yang cepat keras


    WAJIB BACA NI ----> Kebaikan Dan Manfaat Kolagen Shaklee

    ReplyDelete
  12. kalau nak pakai golden churn instead of buttercup boleh ke?

    ReplyDelete
  13. T.kasih kerana berkongsi resepi

    Jemput singgah:
    http://vitashopped.weebly.com

    ReplyDelete
  14. sukatan ni untul berapa orang ya?

    ReplyDelete
  15. SEDAP2. boleh cuba resepi ni.terima kasih ye.
    jemput singgah blog saya :http://dirawanhartawan.blogspot.my/

    ReplyDelete

Resepi dari website lain