Resepi Kek Coklat Moist (Bergambar)

Kek Coklat merupakan satu resepi evergreen yang diminati oleh pelbagai golongan peringkat umur mahupun latar belakang masyarakat. Berikut merupakan senarai bahan dan langkah-langkah untuk menghasilkannya.



Bahan A
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan gula kastor

Bahan B
4 biji telur gred B
1 sudu kecil esen vanilla
1 tin susu pekat
1 cawan minyak jagung / bunga matahari
1 cawan air suam

Bahan C (Topping)
Coklat masakan
1 sudu besar mentega
UHT Whipping Cream

Masa Penyediaan : 30 minit
Masa Membakar : 40-45 minit

Cara Membuat Kek

1. Campurkan kesemua bahan A di dalam mangkuk adunan dan gaulkan.


2. Di dalam bekas yang lain, masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau rata.

3. Masukkan susu pekat serta air suam dan kacau lagi.



4. Masukkan campuran bahan A sedikit demi sedikit dan gaul rata sehingga adunan kek menjadi ringan.

5. Tuangkan minyak ke dalam adunan dan gaul sehingga sebati.

6. Tuang adunan di dalam loyang yang dialas dengan kertas.

7. Bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C selama 45 minit ataupun sehingga masak.
8. Sejukkan dan hiaskan dengan krim coklat.

Krim Coklat
1. Panaskan UHT Whipping Cream secara **double boiler.
2. Masukkan coklat masakan dan gaulkan.
3. Tambahkan mentega.
4. Boleh tambahkan sedikit gula untuk mengurangkan rasa pahit.

*gula boleh dikurangkan ½ cawan untuk yang gemarkan kek kurang manis
** double boiler - meletakkan loyang yang mengandungi whipping cream di dalam loyang lebih besar yang mengandungi air panas.

Hasilnya :




Selamat mencuba resepi kek coklat!

1 Response to "Resepi Kek Coklat Moist (Bergambar)"

  1. Memang nmpak sedap sgt..moist plak tuu..harap xpahit dah la..

    WAJIB BACA ---> Kebaikan Dan Manfaat Kolagen Shaklee

    ReplyDelete

Resepi dari website lain